Spaghetti Tomyam 🍝

Bahan:

1. Spaghetti 🍝

2. Bawang besar

3. Bawang putih

4. Cili / serbuk cili

5. Daun limau

6. Limau (optional)

7. Tomyam paste

8. Susu full cream

9. Ayam

10. Perasa (Garam, gula, perencah pasti sedap)

11. Parsley (optional)

12. Cili flakes (optional)

Step 1:

Mula-mula saya tumis bawang besar dan bawang putih. Kemudian saya masukkan ayam.

Step 2:

Selepas keperangan, saya masukkan serbuk cili, tomyam paste, daun limau. Letakkan sedikit air.

Step 3:

Seterusnya masukkan susu full cream atau cooking cream pilihan kedalam periuk. Saya tambahkan sedikit tepung jagung untuk pekatkan kuah.

Step 4:

Lepas seketika saya masukkan garam, gula, perencah pasti sedap.

Step 5:

Sekarang baru masukkan spaghetti 🍝. Dan letakkan serbuk parsley dan cili flakes pada step yang terakhir.

Saya prefer jika ia nya rasa lebih masam, jadi saya titiskan limau 1 biji.

Gaul dan sedia untuk dihidang πŸ˜‹.

Saya first time try resepi ni selepas tengok video di tiktok. Cara masaknya sangat mudah. Mungkin anda lihat bahannya agak sedikit banyak tetapi anda boleh kurangkan sedikit bahanΒ² yang optional. Bergantung kepada apa yang ada didapur pada ketika itu.

Sekian. Jumpa lagi in sha Allah.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *